Harraz Start to School.
Anak buah aku Harraz namanya, anak kepada abang aku. So aku
ni pak cik dia lah, dan dia panggil aku "ayahcu" sebutan betul nya
ayah su. Tahun 2018 ni Harraz dah mula berumur 4 tahun. Ummi, Abi dan nenek dia
bersetuju untuk menghantar harraz menjejakkan kaki ke alam persekolahan
tadika.
Nampak segak dengan uniform tadikanya yang sedondon
dengan warna beg. Haha. Cuma hari pertama dia masih tak pakai kasut sebab
nenek dia tak sempat nak belikan.
Harraz dah pindah dan mula menetap di kampung, Kuala
Terengganu bersama mak aku iaitu nenek dia sendiri. Aku jadi lebih senang hati
sebab sekurang-kurangnya mak ada teman di kampung selain saudara-mara yang
lain. Rumah mak dengan mereka semua dekat-dekat je boleh jalan kaki. Neneknya
memilih Tadika Pasti untuk Harraz belajar tentang ilmu-ilmu agama sebelum dia
menjejakkan kaki ke alam persekolahan rendah pula nanti.
Mak selalu jugak masukkan gambar dalam group whatsapp family
kami. So mudahlah untuk aku melepaskan rindu pada Harraz, nak-nak lagi ummi
dan abi Harraz sendiri yang jauh berada di Setia Alam. Percakapan Harraz
sekarang dah mula beralih pada loghat Terengganu sebab dah berkawan dengan
rakan sebaya di sana.
Alahai penat sangat ke Harraz oii? |
Comments
Post a Comment