Hobi di Malam Hari
Aku ni nak cakap aktif sangat dengan sukan tak la
jugak. Tapi aku ada hobi boleh kata hampir setiap malam la zaman aku belum
masuk belajar dulu. Maksud aku masa aku masih stay kat rumah zaman sekolah
dulu. Masa tu aku sangat aktif dengan futsal sebab aku asalnya dari kecik
memang suka main bola tak kisah bola sepak padang atau pun futsal. Tapi kalau
diikutkan aku ligat dengan bola sepak padang sepanjang aku sekolah rendah.
Gambar ni masa aku tengah tunggu waktu berbuka puasa di masjid (Padang sebelah masjid je). |
Then bila dah masuk sekolah menengah sukan futsal
masa tu boleh kata menjadi trend sampai la sekarang. Bola sepak zaman sekarang
dah jadi "slow", maksud aku budak-budak lebih prefer untuk main
futsal. Back to my story, sekarang pulak aku dah tak rajin macam dulu and
mungkin dah rasa diri ni tua pulak, hahaha. Mungkin disebabkan geng-geng aku
semua dah buat haluan masing-masing. Ada yang belajar, ada yang kerja dan ada
jugak yang dah berumah tangga.
Antara member aku yang masing-masing dah bekerja (Jarang balik kampung). |
Aku pulak dah masuk belajar kat ALAM ni memang sangat jarang balik so tak dapat la nak join main. Semua kawan aku still main lagi cuma tak setiap hari macam dulu. Sekarang diorang main setiap jumaat malam sebab time ni pihak belia tempat aku akan buka court untuk main secara free. Ramai la yang turun tapi hanya untuk belia-belia tempat aku sahaja. So setiap jumaat malam kalau budak-budak dari luar yang nak book court tak akan dapat. Court futsal di taman perumahan aku RM20 untuk satu jam and ramai mereka yang dari luar yang gunakan.
Gambar masa akhir tahun 2015. |
Zaman aku aktif yang mana aku cakap hampir setiap malam aku main dulu aku selalu berlawan dengan team dari luar. Tapi sekarang aku just main sesama kawan-kawan aku sendiri bila time cuti. Maksud aku cuti bila ramai geng aku balik ke kampung kami ni lah. Kalau ramai yang balik kitorang boleh buat lebih kurang 4 team dari 20 orang.
Dah menjadi adat kitorang bila habis je main,
kitorang akan lepak minum di kedai. Satu-satunya kedai tu dari dulu sampai lah
sekarang. That's why korang tengok gambar aku time dekat kedai makan. Baru-baru
ni kali terakhir aku main dengan kawan-kawan aku masa balik cuti Deepavali.
Terubat juga la rindu aku nak main futsal dengan diorang. Paling penting dapat
la keluarkan semula peluh aku ni yang sekian lama dah tak bersukan. Bukan apa,
aku kat ALAM seriously aku memang malas untuk bersukan and aku tak tau lah
sebab apa.
Comments
Post a Comment