Kejohanan Futsal Tertutup TBB

Throwback aku kali ni agak lama dahulu di mana aku still zaman persekolahan and kalau tak silap masa aku form 5. Tapi kat sini aku bukan nak cerita mengenai tournament dalam sekolah. Tournament futsal yang aku maksudkan dari tajuk di atas adalah untuk belia taman perumahan aku, Taman Bukit Bendera.


Belia Taman Bukit Bendera.

Kejohanan futsal ni diadakan pada tahun 2014 tapi sangat bermakna buat aku sampai sekarang. Di akhir cerita korang akan tahu apa yang bermakna sangat untuk aku. So team pulak actually berdasarkan undian, maksudnya kitorang akan dapat ahli team sendiri ikut undian (tak boleh pilih). Maka team terbentuklah team aku sendiri yang kami namakan team apa ntah, aku dah lupa.


First match.

Kejohanan ni hanya untuk Penduduk Taman Bukit Bendera sahaja dan itu lah maksud nya kejohanan tertutup. Secara jujurnya kami semua memang kenal antara satu sama lain. Perlawanan start dari 9 pagi sampai lah dalam pukul 5 petang. Daripada peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir sampailah ke final. Antara satu team yang layak ke final adalah team aku sendiri. Pada penghujung perlawanan final itu pulak kami menang 1-0 yang mana aku sendiri yang menjaringkan gol kemenangan.


Johan

That's why la aku cakap kenangan ni sangat bermakna untuk aku. Tak cukup itu lagi. Pada sebelah petangnya sesi penyampaian trophy aku pulak dinobatkan sebagai pemain terbaik. Fuhhh, perasaan dia dah macam menang kasut emas pulak dah. Kalau difikirkan balik time tu agak aktif dalam sukan tapi sekarang, hampeh.


Pemain terbaik.

Tapi sebenarnya itu semua tak penting, yang penting bagi aku adalah kenangan itu sendiri. Itulah yang paling bermakna dan berharga dalam kehidupan. Dalam masa yang sama kami penduduk Taman Bukit Bendera dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain tak kira yang kecik mahupun yang tua.

Comments

Popular posts from this blog

TASK VS WORKLOAD

Best sword ever created in history

PHILIPPINE NATIONAL SYMBOLS