Panorama Hill
Bertemu kembali kita pada entry kali ni, aku masih nak
cerita mengenai trip aku. Sebelum ni cerita aku banyak melibatkan aktiviti
mandi kan? Macam pulau, air terjun dan swimming pool. So kali ni agak berlainan
iaitu hiking, huhu mcm gempak bunyinya. Tempat pilihan aku adalah Bukit
Panorama, kuantan.
From Mentakab to Kuantan. |
Antara sebab nya adalah paling dekat dengan rumah kitorang
(still dengan kawan-kawan aku). Dekat pun takde lah dekat sangat, lebih kurang
2 jam perjalanan. Tapi sebab lain kitorang pilih Bukit Panorama sebab kawan aku
ade menyewa rumah di kuantan. Dia belajar di Politeknik Kuantan (PoliShas). So
memang kitorang dah plan untuk tidur dekat rumah dia and of course la dia join
sekali hiking.
Penat woii. |
Bukit Panorama ni biasa nya ramai time pagi dan petang je.
Tujuan utamanya sebab nak tengok matahati terbit pada waktu pagi dan matahari
terbenam pada sebelah petangnya. Tapi waktu kitorang hiking agak awal sebelum
petang, so kitorang blah dulu sebelum sunset. Ketinggian bukit ni aku x ingat
tapi bila korang dah sampai kemuncak, korang akan jumpa signboard the highest
point and kat situ ade tulis berapa meter tinggi bukit tu.
Berhenti rehat jap. |
Korang jangan risau kalau lah tiba-tiba time korang hiking
tu hujan. Dekat sana disediakan pondok tempat korang berteduh sebagai tempat
rehat. Tapi jarak antara pondok tu agak jauh jugak la. Tapi at least korang
boleh stop and rest sekejap kalau dah penat tahap melampau sangat.
My squad |
Masa korang hiking kena la hati-hati sebab dah nama pun
hiking kan. Boleh kata lasak jugak la aktiviti ni and agak bahaya. Maksud aku
kat sini masa korang panjat atau pun turun bukit tu kena la fokus dan lebih
berjaga-jaga demi keselamatan korang. Ade area yang agak licin dan curam tapi
takde la kesemuanya dalam perjalan tu. Cuma certain area je, yang lain ade yang
siap tangga lagi disediakan.
Nice view from the top. |
Apa yang bagus nya hiking ni bagi aku korang boleh tengok
nature and view yang cantik. Dalam masa yang sama korang sedang bersukan jugak
sebenarnya. So sangat baik untuk kesihatan dan kecergasan badan korang. Bila
dah sampai puncak conform korang akan rasa tenang bila tengok view dari atas
tu.
Yeay sampai jugak puncak Bukit Panorama. |
Comments
Post a Comment