Bukit Bendera Resort

Entry kali ni aku nak cerita pasal aktiviti aku dengan kawan-kawan aku time kami semua cuti serentak. Maksud aku kat sini bila semua balik ke kampung (taman perumahan) bila dapat cuti. So time ni la nak melepak dengan diorang sebelum masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Aktiviti yang aku nak ceritakan ni ialah swimming dekat Bukit Bendera Resort.


Me and my gang.

Actually resort ni tersangat lah dekat dengan rumah-rumah kitorang sebab resort ni terletak dalam taman perumahan kitorang sendiri. Berdasarkan nama resort tu dah tentu korang boleh tahun nama taman perumahan aku. So kat sini tempat tinggal aku iaitu Taman Bukit Bendera, mentakab, Pahang. Resort ni kalau jalan kaki dari rumah aku dalam 5 minit je and aku boleh tengok dari tingkap rumah aku je.




Tapi sejujurnya aku tak pernah menginap dekat resort ni sebab aku lebih prefer tidur dekat rumah aku sendiri je, haha. Ramai kawan-kawan aku pun sama, tapi kitorang akan ke sana untuk swimming je. So bab swimming je aku boleh ceritakan dekat korang. Basically kalau bukan ahli kelab swimming kat situ kene bayar tiket macam biasa la. Harga untuk dewasa RM15 dan kanak-kanak pulak RM8. Dengan tiket tu korang boleh mandi kat situ sehari dari pagi sampai lah swimming pool tu tutup dalam pukul 8 malam.




Macam geng aku pulak biasanya akan datang dalam pukul 5 dan biasa nya kitorang akan blah dari tu dalam pukul 7 petang (maghrib). Mandi 2 jam pun dah penat woiii. Dekat situ ade 3 swimming pool yang berbeza dari untuk kanak-kanak kecik, budak-budak dan dewasa. Air kolam pulak sentiasa bersih mungkin sebab diorang selalu servis. So jangan risau bab tu.




Tak silap aku pulak setiap petang kat situ ade class swimming. Sebab time kitorang pergi je mesti ade budak-budak tengah belajar berenang. Coach swimming kat situ orang cina umur dalam 30-an and anak-anak murid dia ramai orang cina. Seriously anak murid dia memang ramai lebih kurang 20 orang. So diorang ni akan guna swimming pool yang dewasa tapi dah ditetapkan tempat diorang. Korang jangan risau sebab korang jugak boleh mandi kat tempat dewasa sama dengan diorang sebab dah ditetapkan sama ada untuk class atau pun swimming biasa.




Bila geng aku dah nak balik ade lagi satu aktiviti sebenarnya yang harga tiket tadi dah included sekali. Aktiviti yang aku maksudkan ialah spa. Kat situ ade bilik spa yang mana korang boleh duduk dalam bilik tu penuh dengan wap. Bilik tu sekali dengan bilik tempat korang nak tukar pakaian. So bila kitorang dah settle keringkan badan barulah kitorang beransur. Actually kitorang tak bawa tuala and pakaian lain pun. Macam mana kitorang datang macam tu lah kitorang balik, huhu. Sorry sebab gambar bilik wap tu aku takde.




Even kalau kitorang nak jalan kaki dari rumah pun boleh. Tapi tahu-tahu lah kan, kitorang tak lah rajin sangat macam tu. So usually kitorang datang naik motosikal la. Bagi sesiapa yang rasa nak swimming dekat Bukit Bendera Resort sangat-sangat dialukan. Sebenarnya ramai yang kesana adalah orang dari tempat lain. Orang macam kami ni memang jatang sangat dah pergi sabab memang dekat tempat kami sendiri. Ok la geng, sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

TASK VS WORKLOAD

Best sword ever created in history

PHILIPPINE NATIONAL SYMBOLS