Air Terjun Latar Jarum
Sedikit "throwback" sebagai kenangan buat aku dan
rakan-rakan aku mengenai trip kami ke Latar Jarum. Latar jarum sebenarnya nama
tempat air terjun yang terletak di raub, pahang. Ramai yang akan ke sini
terutama sekali pada hujung minggu. Pengunjung juga lebih gemar ke sini
berbanding air terjun lain seperti Lentang dan Chamang kerana airnya lebih
bersih dan tempatnya yang lebih selamat.
kami bertolak menaiki kereta dari mentakab lebih kurang
pukul 11 pagi. Perjalanan dari tempat kami ke sana pula lebih kurang sejam
setengah. So dalam pukul 12.30 kami sampai di sana dengan perut yang lapar
sebab masih belum makan even breakfast. Kami singgah di kedai makan sebelum
masuk ke kawasan kampung di mana terletaknya air terjun Latar Jarum. Selesai
makan je kami ke surau kampung dulu untuk selesaikan solat zuhur. Jadinya kami
tiba ke kawasan air terjun dalam pukul 2 petang.
Yeah tak sabar nak terjun. |
Apa yang aku suka kat sana adalah sungai nya yang tak banyak batu sangat. Tapi kene pandai pilih tempat la, macam port kami ni tempat nya ala ala swimming pool tiada gangguan batu dan kedalaman air pulak lebih kurang paras dada. So kitorang boleh berenang dengan bebas. Paling nice ialah port kami betul2 dekat dengan air terjun (lihat gambar di atas).
Yihuuu. |
Pada mulanya kami lebih banyak berenang disebabkan port yang
sangat sesuai. Tapi disebabkan air sungai yang sangat sejuk, kami buat aktiviti
terjun. Hampir dua jam berendam dalam air conform kulit tangan mengecut. Kami
juga dah berasa puas terus keringkan badan dan bersiap untuk balik.
Dah puas mandi |
Lebih kurang pukul 5 petang kami bertolak balik ke rumah
dengan keadaan penat dan mengantuk. Disebabkan itu aku suruh kawan aku drive so
aku boleh tidur dalam kereta, haha. Kami tiba di rumah waktu petang dalam pukul
6.30 dan cepat-cepat dirikan solat Asar, Alhamdulillah masih sempat. Sekian
sahaja cerita aku kali ni. Sesiapa yang berniat ke air terjun Latar Jarum
adalah dipersilakan.
In shaa Allah nanti kita pergi lagi geng. |
Comments
Post a Comment