RESEPI MEE BANDUNG IBU

Hello guys,kat sini aku nak kongsi resepi mee bandung ibu aku.Mee bandung yang sedap sangat bergantung pada rasa kuahnya.Ada juga yang menggunakan air rebusan daging untuk menambahkan rasa sedap kuahnya.Mee bandung ibu aku adalah salah satu kegemaran aku dari kecik lagi.Tetapi,terdapat sedikit kelainan bahan dalam masakan ibu aku iaitu dia menggunakan keledek untuk memekatkan kuah.Hujung minggu lepas aku sempat mengambil gambar semasa ibu aku tengah memasak.



BAHAN A:

Lada kering,bawang besar,bawang putih,udang kering.

BAHAN B:

Daging lembu yang ada tulang-tulang/ayam,udang besar.

BAHAN C:

Sawi,lobak merah,bunga kobis,fishcake,sos tiram,garam gula melaka dan telur.

BAHAN D:

Bawang goreng,daun sup dan daun bawang.

ini merupakan antara bahan-bahan



CARA-CARA MEMBUAT:

1.Kisar bahan A dan tumiskan.

2.Rebus bahan B untuk mendapatkan air rebusan.

3.Bila tumisan dah naik bau,masukkan air rebusan tadi bersama dengan bahan C.

4.Tepung jagung juga digunakan untuk memekatkan kuah.Anda juga boleh menggunakan keledek dengan cara rebuskan sebiji keledek,kisar dan tuangkan ke dalam kuah.



5.Apabila kuah sudah cukup masak,apa yang anda perlu buat adalah tutup api dan pecahkan telur ke dalam kuah dan tutup semula periuk tersebut.

6.Untuk hidangan,letakkan mee kuning yang telah direbus kedalam pinggan dan tuangkan kuah ke atas mee.Pastikan kuah nya lebih.

7.Akhir sekali,taburkan bahan D sebagai hiasan.

aku mintak maaf sebab gambar hidangan yang dah siap terlupa nak ambik sebab tak sabar nak mkan sampai tak sempat.Jadi,gambar mee bandung dibawah hanyalah sekadar hiasan.😇😆

source: resepimudah.com



SELAMAT MENCUBA








Comments

Popular posts from this blog

TASK VS WORKLOAD

Best sword ever created in history

PHILIPPINE NATIONAL SYMBOLS