Makanan terbaik di Johor Bahru


Salam satu Malaysia kepada semua . Hari ini saya nak cerita sikit tentang makanan-makanan terboek di Johor Bahru dan perlu anda lawati . Saya memilih Johor Bahru bukan disebabkan pilih kasih tetapi disanalah tempat saya dilahirkan . Okay tanpa melengahkan masa , saya nak mula bercerita ......


Jadi di tangga kelima jatuh kepada :


gambar : twitter.com , @WhatsUpJohor














Murtabak Kampung Melayu Majidee . Sudah dipandang , lagi terliur . Ini adalah salah satu makanan yang menduduki tempat di hati saya . Kandungannya sangat padat dan memuaskan . Murtabak ini juga sudah ditambahkan variasinya dengan menambahkan cheese bersama , jika anda meminati cheese , kalau tidak tak perlulah order cheese . Anda hanya perlu melontarkan sedikit suara dan memilih kandungan ayam atau daging dan dengan beberapa minit murtabak pun sampai . 


Di tangga keempat jatuh kepada :

gambar : saji.my
















Bubur Nasi Istimewa No.1 . Namanya saja bubur tetapi rasanya bagaikan tidak terkata . Ia didatangi dengan sayur kankung , telur masin , ikan bilis sambal dan beberapa campuran asas bubur nasi . Lokasinya hanyalah warung ditepi jalan tetapi anda boleh mengenalinya dengan sekilas pandang kerana pada setiap malam akan ada ramai pengunjung datang di warung ini . Warung ini terletak di Jalan Sutera , Taman Sentosa . Tetapi anda jangan mencarinya untuk makanan tengahari kerana warung ini hanya dibuka pada pukul 6 petang sehingga 2 pagi setiap hari kecuali Isnin . 


Di tangga ketiga jatuh kepada :

gambar : MySelera.com














Kacang Pool Haji . Pada mulanya saya mengenali kedai ini dengan kacang pool bomba kerana lokasinya berdekatan Balai Bomba . Rotinya sangat tebal dan didatangi dengan kuah kacang bersama telur . Apabila mereka bersatu , maka meletoplah rasanya di mulut anda . Selain itu , yang menjadikannya lebih menarik lagi , disebelah kedai ini terdapat kedai ABC yang terboek..Biasanya saya akan memesan Ais Jagung kerana....ikut saya lah .


Di tangga ke kedua jatuh kepada :

gambar : foodadvisor.my














Mee Rebus di shopping mall Angsana . Rasanya sangat oom dan apabila ditambah dengan limau nipis dan cili potong , menjadi buah hati selamanya . Lokasinya di food court di Plaza Angsana , Johor Bahru . Kedainya kecil tetapi rasanya besar . Oleh itu , tidak perlu kata banyak , bawa saja diri anda kesana dan rasa .


Di tangga pertama jatuh kepada :

gambar : www.johornow.com




















Ikan Bakar Tip Top . Saya bagilah alamat penuhnya kerana menduduki tempat nombor satu di hati saya iaitu Gerai 11 , Jalan Mohd Amin , Sri Gelam . Datanglah beramai-ramai disana kerana gerai ini menyediakan pelbagai jenis makanan laut seperti ikan , udang , sotong , kerang dan yang paling lazat dimulut saya ialah ikan parinya . Hidangan-hidangannya kebiasaannya dibakar dan dihidangkan dengan sambal diatas makanan laut itu . Sememangnya terbaik dan berbaloi

Comments

Popular posts from this blog

Best sword ever created in history

TASK VS WORKLOAD

PHILIPPINE NATIONAL SYMBOLS