Bercerita tentang Hari Raya dalam kalangan orang yang
berkerja di laut adalah suatu yang sangat sukar untuk dibicarakan. Boleh
menjadi satu perkara yang sangat seronok kalau kebetulan tidak bekerja dan
masih berada di darat. Tapi, boleh jadi perkara yang sangat menyedihkan bila
tiada bersama keluarga tersayang dan terpaksa bekerja di laut jauh dari mereka
semua. Perkara ini mungkin akan berlaku ke atas diriku sendiri di suatu masa
nanti.
Memandangkan aku telah pun menceburkan diri dalam bidang
perkapalan yang asyik merantau ke sana ke mari. Aku akan jauh dengan keluarga,
kenalan dan kampung halaman. So sengaja aku menyentuh topik ini supaya aku
lebih bersedia mengharungi saat-saat sedih aku apabila tidak dapat berhari raya
di darat nanti. Huhuhu.
So aku nak mengimbas kembali waktu hari raya aku
bersama keluarga melalui beberapa gambar yang aku ada.
 |
Hari Raya Aidilfitri 2009 |
 |
Hari Raya Aidilfitri 2012 |
 |
Hari Raya Aidilfitri 2014 |
 |
Hari Raya Aidilfitri 2016 |
 |
Hari Raya Aidilfitri 2017 |
Cukup sampai sini sahaja untuk entry aku kali ni. Niat aku
sekadar untuk berkongsi kenangan manis bersama keluarga apabila menjelangnya
hari kemenangan bagi seluruh umat Islam. Suatu hari nanti bila aku di laut, aku
tetap akan bersama mereka kerana biarpun jauh di mata tapi tetap bersama di
hati. Sekian.
Comments
Post a Comment