Hidangan terbaik di Malaysia
Antara makanan yang menjadi pilihan nombor 1 rakyat Malaysia
1 . Satay
Pertama sekali , jika anda rakyat Malaysia dan tidak tahu apa itu 'Satay' , lebih baik pergi duduk negara lain. Harini , saya nak cerita sikit pasal 'Satay' yang semestinya menjadi kegilaan semua . Tetapi , kebanyakan rakyat hanya tahu satay itu hanya berasaskan ayam dan daging dan anda salah . Ini kerana hanya segelintir tempat yang menyediakan makanan ini secara unik dan lazat . Seperti contoh , terdapat 'Sate' yang diperbuat daripada kambing , rusa , itik , kancil , arnab dan banyak lagi mengikut keunikan peniaga . Bagi , para pelancong yang nak makan makanan ini , jangan risau kerana 'Satay' boleh didapatkan di kebanyakan tempat dan yang paling popular di Malaysia ialah 'Satay Kajang' di Kajang .
2 . Nasi Kandar
Selain itu , bagi para pelancong yang ingin mencuba makanan menarik di Malaysia , anda boleh cuba 'Nasi Kandar' sebagai makanan tengahari atau malam . Makanan ini sangat popular di Malaysia kerana kepelbagaian lauk dan untuk penambah rasa anda boleh meminta kuah campur dan peniaga akan memasukkan semua jenis kuah ke dalam nasi anda . 'Nasi Kandar ' pada mulanya berasal dari Pulau Pinang dan sekarang ini sudah boleh didapatkan di semua negeri . Kebiasaannya , di setiap kedai mamak terdapat makanan ini . Antara kedai 'Nasi Kandar ' yang popular di Malaysia ialah "Line Clear Nasi Kandar" yang terdapat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur .
3 . Char Kuew Teow
Di samping itu , makanan kegemaran nombor satu saya iaitu Char Kuew Teow juga boleh dicuba oleh para pelancong . Keunikan rasa keow teow basahnya sangat mengliurkan dan makanan ini tidak sama dengan Kuew Teow biasa kerana Char Kuew Teow dimasak dengan kuah istimewa yang menambah rasa makanan. Setiap peniaga makanan ini mempunyai resepi kuah mereka yang tersendiri . Kuah inilah yang menjadikan makanan ini antara makanan pilihan nombor satu rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu , India ataupun Cina . Char Kuew Teow lebih menarik jika diletakkan makanan-makanan laut seperti udang galah tau ketam untuk dinikmati bersama . Antara tempat yang popular menjual makanan ini ialah di Wangsa Maju di kedai "Wan Char Kuew Teow" .
4 . Nasi Lemak
Akhir sekali , makanan tradisi Melayu yang tidak hilang ditenggelam zaman ialah 'Nasi Lemak' . Dari dahulu hingga ke hari ini , makanan ini tetap menjadi pilihan rakyat Melayu terutamanya sebagai hidangan sarapan pagi . Pada mulanya 'Nasi Lemak' hanya dilampirkan bersama separuh telur rebus , sambal dan ikan bilis tetapi hari ini rakyat boleh mendapatkan hidangan ini bersama lauk pauk yang lain . Sebagai contoh , yang paling popular ialah 'Nasi Lemak' bersama rendang ayam . Bukan sahaja kaum Melayu , rakyat berbangsa Cina dan India juga menyukai hidangan ini . Para pelancong yang datang ke Malaysia boleh mencuba hidangan ini sebagai santapan pagi .
1 . Satay
![]() | |||
Gambar : seputarsemarang.com |

Gambar : THEHIVE.ASIA |
Selain itu , bagi para pelancong yang ingin mencuba makanan menarik di Malaysia , anda boleh cuba 'Nasi Kandar' sebagai makanan tengahari atau malam . Makanan ini sangat popular di Malaysia kerana kepelbagaian lauk dan untuk penambah rasa anda boleh meminta kuah campur dan peniaga akan memasukkan semua jenis kuah ke dalam nasi anda . 'Nasi Kandar ' pada mulanya berasal dari Pulau Pinang dan sekarang ini sudah boleh didapatkan di semua negeri . Kebiasaannya , di setiap kedai mamak terdapat makanan ini . Antara kedai 'Nasi Kandar ' yang popular di Malaysia ialah "Line Clear Nasi Kandar" yang terdapat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur .
3 . Char Kuew Teow
![]() |
Gambar : vkeong |
Di samping itu , makanan kegemaran nombor satu saya iaitu Char Kuew Teow juga boleh dicuba oleh para pelancong . Keunikan rasa keow teow basahnya sangat mengliurkan dan makanan ini tidak sama dengan Kuew Teow biasa kerana Char Kuew Teow dimasak dengan kuah istimewa yang menambah rasa makanan. Setiap peniaga makanan ini mempunyai resepi kuah mereka yang tersendiri . Kuah inilah yang menjadikan makanan ini antara makanan pilihan nombor satu rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu , India ataupun Cina . Char Kuew Teow lebih menarik jika diletakkan makanan-makanan laut seperti udang galah tau ketam untuk dinikmati bersama . Antara tempat yang popular menjual makanan ini ialah di Wangsa Maju di kedai "Wan Char Kuew Teow" .
4 . Nasi Lemak
![]() |
Gambar : asianfoodchannel.com |
Akhir sekali , makanan tradisi Melayu yang tidak hilang ditenggelam zaman ialah 'Nasi Lemak' . Dari dahulu hingga ke hari ini , makanan ini tetap menjadi pilihan rakyat Melayu terutamanya sebagai hidangan sarapan pagi . Pada mulanya 'Nasi Lemak' hanya dilampirkan bersama separuh telur rebus , sambal dan ikan bilis tetapi hari ini rakyat boleh mendapatkan hidangan ini bersama lauk pauk yang lain . Sebagai contoh , yang paling popular ialah 'Nasi Lemak' bersama rendang ayam . Bukan sahaja kaum Melayu , rakyat berbangsa Cina dan India juga menyukai hidangan ini . Para pelancong yang datang ke Malaysia boleh mencuba hidangan ini sebagai santapan pagi .
Comments
Post a Comment