10 Fakta Menarik Mengenai Beruang Kutub

Image result for beruang kutub
1. Nama saintifik beruang kutub adalah Ursus maritimus yang membawa maksud ‘beruang laut’.

Image result for beruang kutub
2. Beruang kutub juga pernah mempunyai nama saintifik yang lain, iaitu Thalarctos. Ia adalah gabungan daripada perkataan ‘thalasso’ yang bermaksud laut, dan ‘arctos’ yang bermaksud beruang utara.

Image result for beruang kutub
3. Beruang kutub hanya boleh didapati di kawasan Artik, iaitu di Alaska (USA), Kanada, Rusia, Greenland (Denmark) dan Norway.

Image result for beruang kutub
4. Beruang kutub bukannya berwarna putih. Sebenarnya kulit beruang kutub adalah berwarna hitam / coklat. Bulu beruang kutub adalah berbentuk tiub yang kosong didalamnya. Ia membantu dalam membias cahaya matahari, mengakibatkan bulunya seakan-akan berwarna putih. Ini membantu dalam penyamarannya di suasana kutub yang berwarna putih.

Image result for beruang kutub
5. Bulu beruang kutub juga mampu menyimpan haba inframerah sinaran cahaya matahari sehingga 98°celsius, membenarkannya menyimpan haba sendiri dikala musim terlampau sejuk.

Image result for beruang kutub
6. Selain itu, bulu beruang kutub juga mempunyai sifat berminyak, yang mana mampu memberikan fungsi kalis air dan pembekuan bulu ketika ia berenang.

Image result for beruang kutub
7. Tapak kaki beruang kutub mempunyai permukaan yang kasar, membantu dalam meningkatkan cengkaman pada permukaan ais bagi mengelakkannya tergelincir.

Image result for beruang kutub
8. Beruang kutub mampu berenang sehingga jarak 100 batu (161 kilometer) sekali harung.

Image result for beruang kutub
9. Manusia merupakan satu-satunya pemangsa bagi beruang kutub. Pertama, tumpahan minyak di laut akan menyebabkan minyak melekat pada bulu beruang kutub ini. Ia akan meracuni dirinya sendiri ketika sedang membersihkan dirinya secara menjilat bulunya. Kedua, pencemaran laut menyebabkan ikan serta anjing laut menjadi tercemar. Melalui diet tercemar seperti ini akan menyebabkan beruang kutub mati akibat racun.

Image result for beruang kutub
10. Beruang kutub tinggal di Artik (Utara) manakala penguin tinggal di Antartika (Selatan). Jadi beruang kutub bukanlah pemangsa penguin.

Credit - https://www.thepatriots.asia/10-fakta-menarik-mengenai-beruang-kutub/



Comments

Popular posts from this blog

Best sword ever created in history

TASK VS WORKLOAD

PHILIPPINE NATIONAL SYMBOLS