petua menghilangkan batuk

Cara cara menghilangkan batuk tanpa menggunakan ubat farmasi:


     Batuk merupakan penyakit yang biasa dijangkiti kerana setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kuman disekeliling kita.Tetapi batuk kering boleh membawa kepada risiko jangkitan kuman pada paru paru jika dibiarkan tanpa rawatan.Biasanya orang yang baru pulang dari luar negara mempuyai risiko untuk dijangkiti kuman dekat paru-paru.Oleh itu,sesiapa yang mempunyai simptom batuk kering berpanjangan mestilah mendapatkan rawatan.
 
    Lazimnya,kebanyakan orang akan pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat di farmasi.Tetapi,ubat batuk di farmasi boleh menyebabkan mengantuk.Oleh itu,bagi sesiapa yang ingin menghilangkan batuk tanpa menggunakan ubat di farmasi boleh mencuba beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.


1.LIMAU DAN MADU:

Anda boleh menggunakan limau sambal atau limau nipis sahaja.Untuk madu,madu asli adalah lebih baik kerana tidak dicampur dengan gula.Untuk sekali minum,kuantiti yang sesuai adalah 1/3 cawan kopi sahaja.Kuantiti campuran limau dan madu adalah sama.

source : www.rumahmadujogja.com



2.KUNYIT:

Masakan berasaskan kunyit seperti masak lemak cili padi juga boleh menyembuhkan batuk.
source : http://www.blogopsi.com/2016/04/resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi.html



3.ASAM JAWA:


Kaedah ini merupakan yang paling mudah kerana asamjawa ini boleh didapati di mana-mana kedai runcit.Anda hanya perlu membancuh dengan air suam dan airnya boleh diminum terus.Tapi jangan telan biji asam jawa itu pon aduiyai,nanti sakit lain pula.




source : ecomall.my

4.MINYAK ANGIN:

Kebiasaannya,kita akan lebih banyak batuk di waktu malam berbanding waktu siang.Menyapu minyak angin seperti minyak cap kapak,vicks,dan lain-lain di dada dipercayai boleh mengurangkan batuk.Ini sangat membantu untuk keselesaan sebelum tidur.

source: lazada.com.my


5.BUANG KAHAK:

Batuk yang normal adalah apabila mempunyai kahak.Kahak sebenarnya merupakan virus atau kuman dan dikenal sebagai 'second wall of defense'.Jadi,jangan pernah sekali pun untuk telan kahak tersebut.Klinik juga ada menyediakan ubat untuk mempercepatkan pengeluaran kahak dalam bentuk biji yang dikenali sebagai Bromhexin HCL.
  






  Tetapi,jika batuk masih berterusan,anda mesti menjalani rawatan di klinik terdekat untuk mengelakkan jangkitan paru-paru.

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular posts from this blog

Best sword ever created in history

TASK VS WORKLOAD

PHILIPPINE NATIONAL SYMBOLS