Cherating on!

Dengan lafaz Bismillah terbongkarlah hobi aku yang mana tak semua orang boleh terima. Aku tak kisah sangat perihal itu sebenarnya. Nak tau apa? Ini lah dia dunia permotoran yang mana pengamalnya boleh digelar mat rempit, mat motor, rider kental dan seumpamanya bergantung pada cara mereka.

Lebuhraya Pantai Timur

So setiap rider biasanya akan mempunyai jiwa untuk berkonvoi tak kisah lah dari motor yang berkapasiti superbike mahupun kapcai. Konvoi juga bergantung pada sesebuah group itu sendiri. Ada yang weekly ke sana ke sini, yang ni biasanya geng superbike lah.

Ok kat sini aku akan cerita yang level aku, basically dalam setahun ada 4 event konvoi iaitu pada Chinese New Year, 1 May (hari pekerja), Hari Merdeka dan New Year. Ada juga event tambahan seperti apa-apa jenis gathering, kalau nak diceritakan panjang sangat dan korang bukan berminat pun.

Merdeka 2017 aku ke Cherating, Kuantan.

Kalau nak diceritakan perihal group ni terlampau banyak. Group seperti level aku ni yang top adalah seperti Highway Challenger, Thunderspeed, Nite Rider dan banyak lagi lah.

Group aku ialah MT Racing. Baru 2 tahun ditubuhkan.

MT stand for Mentakab dan Temerloh di mana dua daerah ini bergabung untuk sesuatu event. Pada banyak mata manusia nampak keburukan sahaja pada group2 kapcai seperti kami. Kalau kau bawak superbike baru diorang respect, hahaha. Semua itu hanya berdasarkan penilaian masing2 dan aku tetap dengan minat aku.

Hari panas beb.

Apa yang best bila join konvoi? Kau akan dapat kawan baru yang selama ni kau tak pernah kenal langsung dan beramah mesra. Yang penting jangan sombong dan mesti peramah. Antara contoh paling mudah bila kau ramai kenalan, kau pergi kedai nak beli surat khabar pun akan teserempak dan bertegur dengan ramai kawan.

Konvoi juga kau dapat berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan kau yang selama ni sibuk dengan kerja, belajar, kahwin dan sebagainya. Senang cerita happy dia macam hari raya, hahaha. So dapatlah aku ride dengan member aku yang kawan sejak kecik lagi ke Cherating. Maklum lah aku ni student masih sibuk dengan belajar lagi.

Geng dari zaman sekolah.

Kalau cerita perihal masa depan dan impian akuof course la bro, aku pun nak main superbike jugak. Ducati Panigale in shaa Allah akan menjadi milik aku suatu hari nanti.

Instagram picture: Ducati Panigale




Comments

Popular posts from this blog

Best sword ever created in history

TASK VS WORKLOAD

PHILIPPINE NATIONAL SYMBOLS